Pusat Ikan Hiasan Ko-Nelayan

BPIHS berfungsi sebagai pusat penternakan ikan hiasan air tawar yang memberi fokus kepada pengeluaran benih Arowana berkualiti tinggi untuk pasaran Sabah dan luar negeri, di samping meningkatkan standard industri akuakultur ikan hiasan melalui pengurusan moden, sistematik dan mesra alam.

7.6 Ekar

Keluasan Ladang

7 Kolam

Kolam Induk Arowana

2 Spesies

Ternakan Arowana

300 Ekor

Arowana Setahun

Profil Syarikat

Alamat LadangKg. Kaiduan, 89500, Papar, Sabah
Telefon011-1933 3383 / 088-294301
E-melpihskonel@gmail.com
Keluasan7.6 ekar (Hak milik KO-NELAYAN)
Sijil CITESA-MY-575
No. DaftarPPR/2024/6252, 6253, 6254
PensijilanMyGAP (Jabatan Perikanan Malaysia)
Sumber IndukDream Fish Sdn. Bhd

Spesies Ternakan
  • Ikan Hiasan: Arowana (Scleropages Formosus) — Malaysian Gold & Albino Silver
  • Ikan Air Tawar: Tilapia (Oreochromis niloticus) — Tilapia merah

Fungsi & Objektif

Fungsi
  • Menternak ikan hiasan air tawar yang berkualiti
  • Menjual ikan hiasan air tawar mengikut saiz jualan
  • Menjaga kualiti fizikal ikan hiasan air tawar
Objektif

Mengeluarkan ikan hiasan air tawar yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan luar negeri.

Objektif Kualiti (Scleropages Formosus)
  • Saiz pasaran: 4 – 5 inch
  • Tempoh asuhan: 11 bulan
  • Hasil menuai: 300 ekor setahun
Amalan Organik: Tiada antibiotik, hormon atau bahan kimia berbahaya. Pengurusan ubat dilakukan menggunakan Garam Biru dan Yellow Powder (Sodium Nifurstyrenate 10% Formulation) sahaja.
Lokasi

Kawasan bukit hutan hujan tropika, Kg. Kaiduan, Papar, berdekatan Sungai Tamahing Kaiduan.

9 km dari Jalan Pan Borneo Kinarut — ±20 minit perjalanan

Lihat Arah ke PIHS
Bekalan Air

Dipam terus dari Sungai Tamahing Kaiduan → tangki sedimentasi → kolam Arowana & Hatchery.

pH: 7.2 – 8.5  |  Suhu: 28°C – 30°C

Aktiviti
  • Pengeluaran benih Arowana yang berkualiti tinggi kepada pelanggan
  • Memberi latihan kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
  • Perancangan pembangunan syarikat